KURSUS YANG AKAN DATANG DI PAROKI PADA BULAN OKTOBER:
Kursus Pra Perkhawinan dalam Bahasa Inggeris
Kursus Pembaptisan Bayi dalam Bahasa Inggeris
Kursus Pembaptisan Bayi dalam Mandarin
Tarikh : 13hb – 14hb Oktober 2024
Masa : 7.30 malam
Tempat : Katedral St. Joseph, Miri
Ibu Bapa dan Wali wajib mengikuti kursus ini. Sila bawa buku keluarga dan salinan sijil lahir bayi semasa pendaftaran.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan notis gereja, laman sesawang paroki atau hubungi pejabat paroki di talian 421 455.
CERAMAH MENGENAI PANGGILAN HIDUP DALAM BAHASA INGGERIS UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
Tarikh : 12hb Oktober 2024, Sabtu
Masa: 9.00 pagi hingga 12 tengahari|
Tempat St. Francis Chapel, Jalan Brighton
Ceramah akan disampaikan oleh Fr. Bartolo, seorang paderi Carmelite dan Fr. Ronald Jimmy. Semua pelajar sekolah menengah adalah dialu-alukan untuk menyertai.
ROSARI MALAM PADA BULAN OKTOBER
Akan ada doa rosari setiap malam dari Isnin hingga Jumaat bermula pada hari Selasa, 1hb Oktober pada pukul 7.30 malam dalam pelbagai bahasa di tempat-tempat berikut:
Katedral St. Joseph – Gabungan Mandarin & Bahasa Inggeris
Grotto Bunda Maria, Gereja Mater Dei, Lutong – Dalam Bahasa Iban
Gereja St. Anthony of Padua, Tudan – Dalam Bahasa Malaysia
Holy Rosary,Piasau Utara – Dalam Bahasa Melanau
KERJA-KERJA PEMBERSIHAN KAWASAN TANAH PERKUBURAN LAMBIR 3 & 4
Tempat: Tanah perkuburan Lambir 3 & 4
Tarikh: 19hb Oktober, Sabtu
Masa: 8.00 pagi
Kami amat memerlukan sukarelawan untuk membantu membersihkan dua tanah perkuburan Lambir.
Tempat pertemuan adalah di Tanah Perkuburan Lambir 3. Sila bawa air minuman, beg sampah, peralatan berkebun dan peralatan perlindungan diri masing-masing.
Untuk pertanyaan, sila hubungi saudara Walton di 013-5696865.
LATIHAN ‘CELL GROUP’ DALAM MANDARIN (Umumkan dalam Misa Mandarin SJC sahaja)
Tarikh: 12hb Oktober 2024, Sabtu, 7.00 malam – 9.30 malam
13hb Oktober 2024, Ahad, 9.30 pagi – 4.30 petang
Tempat: St. Francis Chapel, Jalan Brighton
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saudari Philomena Jong di 013 8404086.